Wednesday, 6 December 2017

Latar Belakang Syarikat

Kementerian Dalam Negeri telah mengerakkan usaha kearah penglibatan orang ramai untuk turut sama dalam mengurangkan kadar jenayah. Ia selaras dengan aspirasi National Key Right Area (NKRA) untuk melibatkan masyarakat umum untuk sama-sama memikul tanggungjawab keselamatan dan mengurangkan kadar jenayah jalanan.
Syarikat kawalan keselamatan merupakan satu perkhidmatan yang penting dalam membantu pihak PDRM untuk menjaga keselamatan awam. Penubuhan syarikat kawalan keselamatan juga dapat mengurangkan masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor perkhidmatan di samping mengurangkan kebergantungan sektor ini kepada pekerja asing.
Syarikat kami, Knight Security Services Sdn Bhd adalah syarikat bumiputera yang didaftarkan sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan telah ditubuhkan pada 5 Februari 2013. Dalam menyahut aspirasi kerajaan melalui NKRA, syarikat kami ingin melibatkan diri dalam menjaga keselamatan awam dan adalah menjadi harapan kami jika pihak kementerian dalam negeri dapat memberikan sokongan kepada syarikat bumiputera khasnya untuk berdaya saing dalam penglibatan perniagaan di sektor perkhidmatan.
Jalan Tbp 2, Taman Bukit Pelangi, 47610 Subang Jaya, Selangor